Assalamualaikum , tajuk post kita hari ini semuanya akan berkaitan dengan 'membeli-belah' ! Shusshhhh , kaum-kaum hawa tolong jangan jerit seronok lagi okay . Saya bukannya nak menggalakkan anda semua membeli-belah , tapi post kali ini adalah untuk menghalang menasihati semua makhluk yang masih bernyawa di atas muka bumi ini supaya mengurangkan aktiviti tidak bermoral berbelanja , terutamanya kepada orang-orang yang poketnya dipenuhi wang . : )
Apa yang anda semua faham tentang slogan 'Berhenti membeli-belah , Mulakan kehidupan' ? Jangan beli barang langsung dan simpan duit buat pekasam ? Aiiiyaaa , tak logik langsung . Cuba bagi jawapan yang logik sikit . Slogan itu sebenarnya membawa erti bahawa kita perlulah mengurangkan perbelanjaan barang yang tidak berapa penting dan menyimpan wang tersebut untuk kegunaan pada masa hadapan .
Bila bercakap tentang membeli-belah atau lebih glamor dengan panggilan 'shopping' , kaum hawa pastinya tersenyum bahagia . Tidak kiralah 'shopping' menggunakan wang sendiri ataupun menggunakan wang orang lain . Pembaca sekalian , tahukah anda bahawa membeli belah juga mempunyai kesan buruk seperti membazirkan wang , masa dan tenaga ? 'Shopping' boleh bagi kita lenguh kaki okay, ( INI FAKTA ) : )
Sekarang disertakan beberapa langkah mengurangkan aktiviti berbelanja untuk pembaca yang disayangi ,
1 - Berfikir sebelum beli .
Seeloknya kita perlulah berfikir dahulu baik dan buruknya jika kita membeli sesuatu barang itu . Jika barang yang hendak dibeli itu tidak berapa penting atau tidak berbaloi untuk dibeli bukankah lebih bagus jika kita membatalkan sahaja niat kita untuk membelinya . Haaaa , kan molek tu .
2 - Bijak memilih masa untuk membeli belah .
Jika anda merasakan yang anda memang tidak boleh hidup tanpa membeli belah , jangan risau . Anda masih boleh membeli belah sehingga pasaraya itu kosong , tetapi anda haruslah bijak memilih masa iaitu hanya berbelanja pada harga diskaun atau terdapat tawaran istimewa . Peluang ini selalunya datang ketika adanya sambutan perayaan ataun sambutan hari-hari istimewa .
3 - Membuat sedikit peruntukan untuk berbelanja pada setiap bulan .
Apabila mendapat gaji , kita hendaklah menetapkan terlebih dahulu jumlah wang yang diperuntukkan untuk berbelanja . Hal ini akan membuat kita lebih berhati-hati dalam berbelanja supaya kita tidak melebihi had yang telah diberikan . Bukankah cara begini lebih sistematik dan selamat ?
Setiap orang mempunyai hak untuk membeli-belah , tiada siapa yang mempu menghalang kita daripada membakar duit berbelanja . Namun , kita tidak seharusnya terlalu leka dan boros apabila berbelanja . Ingatlah , semua orang mampu berbelanja , namun tidak semua orang boleh melawan nafsu untuk berbelanja . Sekian untuk makluman . Assalamualaikum .






