________________ ,
05300 , Alor Setar ,
Kedah Darul Aman .
____________________________________________
Kedah Darul Aman .
____________________________________________
Tuan/Puan ,
________________ ,
Guru Pengawas ,
SMK _____________ . 14 NOVEMBER 2011
Tuan/puan ,
PERLETAKAN JAWATAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Saya ____________ dari kelas 3K1 bertugas sebagai seorang pengawas dari tahun 2009 ingin memaklumkan kepada pihak tuan/puan tentang perletakan jawatan saya sebagai seorang pengawas .
2. Untuk makluman pihak tuan/puan tujuan perletakan jawatan saya adalah disebabkan saya tidak gemar akan cara sistem pengawas sekolah ini. Contohnya pengawas sering kali dihalang untuk bergaul bersama pelajar biasa kerana terdapatnya perbezaaan kuasa . Hal ini secara tidak langsung telah mengajar pengawas bahawa seseorang yang berpangkat tidak boleh bergaul bersama orang bawahannya . Adakah ini ciri-ciri seorang pemimpin ?
3. Seterusnya, saya juga tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna seperti yang diinginkan oleh pihak tuan/puan. Sebelum saya memalukan pihak pengawas sekolah, saya dengan rela ingin meletakkan jawatan supaya tidak akan ada sebarang isu-isu serius. Di samping itu, sebab saya ingin meletakkan jawatan adalah kerana saya ingin menumpukan perhatian saya dalam pelajaran. Dengan masa yang saya selalu bertugas , saya boleh mengulangkaji pelajaran saya pada waktu itu.
4. Saya telah mendapat peluang yang begitu istimewa pada tahun 2009 iaitu menjadi seorang pengawas dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan/puan diatas peluang ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan/puan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas.Saya berharap pihak tuan/puan dapat memberi kerjasama.
5. Sebelum mengakhiri surat ini saya ingin meminta maaf kepada pihak tuan/puan jika menggunakan bahasa yang kasar dan kurang sedap dibaca hingga menyinggung perasaan tuan/puan .Keputusan ini telah disokong oleh ibu saya , ________ .
Sekian , terima kasih .
Yang benar,
___________________
( ________________ )
Pengawas ,
3K1
p/s : Aku copy orang punya jaa surat neyh . Sumber diaa . (xoxospeaks.blogspot.com) Aku search intrnet , jumpak diaa . Aku copy ja laa . ^^
no more blue . XD
back to white : )
Aku suka langgar peraturan sekolah . Orang kata pukoi 7.20 ada sekolah . Aku agak2 dekat pukoi 8 baru sampai . So , mmg patut pon aku resign . XP
Pengawas bawak fon XD
Gambaq neyh tempek jaa . Saja nak habaq , hari tu kami pi main skate . Wohooo ^^
OKAY BYEEE .





